Let's us look into pregnancy fact about me..
1. Bonda pregnant-kan Aleef masa usia Ameer 1Tahun 4bulan..Sebabnye kitorang bajet nak dia lahir bulan 3 so that jarak antara dua beradik ni tak jauh, 2 tahun je..boleh celebrate birthday sama2 nanti..hehehe..
2. Bonda takde masalah serta alahan yang teruk..very the tough baby..hehehe
3. Selera makan bonda sangat kuat..Itu pasal berat badan bonda naik masa pregnant kali ke-2 ni..hehehe
(alasan kah???)4. Bonda sukaaaaaa sangat makan kat kedai mamak
(so sekarang boleh tau kan kenapa muka saya ada iras2 Shah Rukh Khan?hehehe..) Kat kedai mamak, bonda paling suka pekena megi goreng dan juga roti canai pisang! perghh..superbbb..
5. Bonda 100% confident yang baby bonda ni girl sebab...Sebab bonda sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat tengok cooking chanel
(AFC: 703)!! Sampai ayah nak tengok chanel lain pun takde can! hehehe..
6. Selain daripada tu, bonda juga sangat suka kemas rumah, kecantikan, dan juga bunga! yeee, obvious sangat2 sebab masa peknen kat Ameer dulu bonda cukup tak suka pada bunga!
7. Bonda kemaskan stor rumah sorang2 dalam 3 Fasa.. ye, 3 fasa..Fasa 1 masa 4 month pregnancy, then 6 month and last one at 8 month...bonda kemas sorang-sorang sebab ayah takmo tolong bonda
(tipu!!!ekekek..) hehehe..ada la sekali tu, bonda bosan sangat, rasa menyemaaaakkk je bilik bawah tu..dah la bilik bawah tu ayah buat workstation dia, pulak tu penuh dengan kotak-kotak so bonda mulakan operasi pembersihan! cuma untuk khidmat angkat meja dan almari je bonda mintak tolong ayah sebab senak perut okk....lasak kan? 'Aleef' steady jer kat dalam..dan hasil usaha bonda tidak menghampakan..inilah rupa bilik bawah tu selepas di-deco-kan oleh bonda..

tada!!!siap!! wahh..jadi jugak akhirnya..abaikan tarikh tu..kamera rosak tu..
8. Masa first scan at 6 month pregnancy, excited gile bila en.doktor kata maybe kandungan bonda ni girl sebab tak nampak 'bird'..tapi bila second scan masa kandungan bonda 8 bulan, tuuu diaaa...dengan jelasnya bonda nampak itu 'bird'..Aisehh..takpelah, boleh juga geng dengan abang nanti! hehehe..
9. Bonda exam PTK 1..study kaw-kaw nye..
Apa lagi ye? Dah la tu kot..So apa yang bonda boleh simpulkan sekarang, Aleef sangat suka temankan bonda masak..ni bakal chef ni, jangan memain! dan Aleef juga seorang yang pengemas! Bagi la dia biskut..tak sepah okk..masa bonda bagi biskut meri
(ye sayang..bonda kasik biskut meri jek sebab biskut rusk tu manis yang amat! biskut tiger? 2x5..)..ok sambung..masa bonda bagi biskut meri masa umur Aleef 8 bulan, bonda ingat abang Ameer yang makan sebab tak sepah..apaa, selamat kat dalam mulut Aleef daaa...
that's all..thank you...